Wednesday, 30 September 2009

:. ProGram aMal .:

Sebelum puasa, tak dpt join yayasan salam adakan program amal di rumah org tua, area PJ
ade urusan yang perlu diselesaikan
dan alhamdulillah.....sy dan rakan2...cik shamiza n cik Atikah
dapat membantu yayasan salam menjayakan program kacau dodol amal di seri pentas...
dan rasanya kerinduan sy untuk teruskan program amal terubat kembali
dengan adanya program melawat rumah orang tua al-ikhlas di pulau meranti sabtu ni...
Malam semalam sy,umi dan adik,nana...sempat menjenguk
rumah al-ikhlas dan berbual panjang dengan pengasasnya...Pn Muji
Hati terdetik...sungguh mulia hati hamba Allah ini
dan sy terbayangkan impian sy yang akan sy laksanakan suatu hari nanti i.Allah...kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki oleh-nya..
Rasa insaf menyelubungi diri bila Pn Muji mula bercerita
karenah penghuni warga emas di sana...
Kuasa Allah yang maha besar....sempat dia mengingatkan supaya melakukan amalan yang baik, minta ampun  dan maaf dengan kenalan sebelum hari tua menjelma
Kerana amaln kita akan ditunjukkan balasannya bila usia merangkak senja....ada yg azabnya diperlihatkan di depan mata...
Sedih hati hambamu ini Ya Allah.....sungguh aku terlalu banyak melakukan maksiat di atas muka bumi ini Ya Allah....
Kau sinarilah hatiku, hati keluargaku serta seluruh muslimin dan muslimat dgn cahaya keimanan mu Ya Allah
~~Kepada rakan2 yang mengenali diri ini...ampun dan maaf dipinta andai ada membuat dosa, terkasar bahasa.Semoga hidup kita sentiasa di payungi rahmat dr ilahi
~~Ada cerita yg ingin sy ceritakan...tp keadaan kurang mengizinkan...i.Allah akan sy update dlm ms terdekat.

Monday, 28 September 2009

:. HaDiah BuaT teMan2 Yg BerKunJunG .:


Hadiah buat teman-teman yang berkunjung ke blog sy
Semoga kita mendapat beribu kebaikan dengan menuntut ilmu....
diharap sama-sama kita mendapat manfaat
terima kasih kerana menjadi teman yang sudi membaca....syukran ja zilan!
ikhlas dr hati......

:. KeAjaibAn al-Quran..subhanallah .:




Source : Quran Scientific dan www.islamreligion.com

Slps percantuman benih, bermulalah fasa2 kejadian bayi seperti yang dinyatakan dalam surah Nuh ayat 14 yg bermaksud : " Padahal dia menciptakan kamu dalam beberapa tingkat kejadian ".


Pada peringkat awal, bayi dikenali sbg embrio. Selepas benih lelaki dan wanita bercantum, embrio berubah menjadi alaqah, berdasarkan kenyataan Allah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yg bermaksud: "Kemudian daripada nutfah kami jadikannya alaqah".Allah telah membuat kenyataan yang jelas dalam surah al-Insan ayat 2 bahawa nutfah yg diperlukan utk kejadian bayi adlh nutfah amsyaaj, iaitu benih lelaki yg bercampur dgn benih wanita.

Berhubung dgn perkataan alaqah,dalam bahasa Arab, mempunyai 3 maksud :
1)segumpal darah, 
2)suatu yang melekat 
3)lintah
Penafsiran ini selari dengan penemuan semasa, embrio berumur lebih kurang 2 minggu, menyamai rupa seekor lintah berukuran lebih kurang 0.6mm yang tergantung dalam rahim ibunya (endometrium). Imam Qartubi menafsirkan alaqah sbg darah beku dan tafsiran ini ada logiknya kerana pada masa itu sistem darah sudah memenuhi embrio (walaupun darahnya belum mengalir).

Selepas embrio menjadi alaqah, ia bertukar menjadi mudghah berdasarkan kata2 Allah dlm surah al-Mukminun ayat 14 yg bermaksud, "Kemudian daripada alaqah kami jadikan mudghah".Dalam Elias Modern Dictionary (1992), mudghah diterjemahkan sbg 'daging yang dikunyah'.Imam Qartubi dalam al-jamik li Ahkamil Quran mentafsirkan mudghah sbg 'daging yg sdkt yg sebahagian drpdnya tlh dikunyah'. Begitulah rupa bentuk embrio semasa berumur lbh kurang 4 minggu yg berpunca drpd sel2 somites yg menyerupai tanda2 gigitan persis 'daging yg dikunyah'.Hal ini dilaporkan oleh Profesor Keith Moore dlm The Journal of the Islamic Medical association (1986).

Slps menjadi mudghah, embrio berubah kepada bentuk lain berdasarkan penjelasan Allah dlm surah al-Haj ayat 5 yg bermaksud, "Kemudian jadilah kamu mudghah yg sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya. Perincian ini sangat mengagumkan kerana tidak mungkin dapat diketahui oleh orang biasa apatah lebih dari 1,427 tahun yang lalu. Dalam ilmu embriologi, sel2 ini diistilahkan sbg differential and undifferential tissues.

Selepas itu, embrio ditutupi tulang dan daging, berpandukan penjelasan Allah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, "Kemudian daripada mudghah kami jadikan tulang dan kami tutup tulang itu dengan daging".Ilmu embriologi mengesahkan kejadian tulang atau cartilage bermula dahulu sebelum kejadian daging atau muscles atau flesh. Kemudian berlakulah perubahan keatas embrio sehingga berubah kepada bentuk lain berdasarkan kenyataan Allah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud : "Kemudian kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah,pencipta paling baik".

Perubahan berlaku semasa embrio memasuki tahap umur enam minggu (lebih kurang 40 hari) dan pada masa itu embrio mempunyai sel2 asa bg pembentukan organ2. Pada peringkat ini ia dikenali sbg janin atau human foetus.Selepas itu, roh ditiupkan dan pancaindera dikurniakan berdasarkan kata2 Allah dalam surah as-Sajadah ayat 9 yang bermaksud "Kemudian dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan af-idah dan sedikit sekali kamu bersyukur".Af idah dalam ayat ini mengikut maksud kitab al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa bermaksud akal. Mengikut Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan af-idah bermaksud hati.

~Quran sgt saintifik dalam menghuraikan fasa -fasa kejadian bayi...

Sunday, 27 September 2009

:. uJiAN .:

Assalamualaikum...
bangun pagi ni ade seseorang dr upm call...n membawa berita yg agak mengecewakan hati
terus dlm hati berbisik....."macam mana lagi ya ALLAH...."
tp air mata tak jatuh ke pipi, n hati sy seperti terlindung dr perasaan sedih
mungkin berkat mbaca al-mathurat selepas solat subuh pg tadi?
lantas terlindung dr gangguan syaitan yg sering melalaikan hati manusia
yang sering menafikan nikmat ALLAH
Semoga hati terus tabah...n terus-terusan berdoa
kau permudahkanlah urusan ku ya ALLAH
dan bukakan aku jalan penyelesaian d atas segala musibah.




Mafhumnya : Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (Yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu

:. Nautilus :Cephalopoda .:

Selak2 dewan kosmik Julai 2009....ade artikel tentang nautilus
gembira rasa hati, sbb teringat waktu menuntut kat UMT dulu; sgt suke subjek" invertebrate aquatic" by dr zaleha

n subjek ni sy skor dengan jayanya...alhamdulillah!

Nautilus haiwan akuatik yang unik

sebelum tu..minta maaf if artikel ni ade bhs rojak sikit...
Nautilus adalah antara invertabrat akuatik primitif dan tergolong dalam kelas cephalopoda, sama seperti sotong dan kurita.Nautilus sering disangka moluska...(dulu sy pun rs mcm tu sbb nautilus ade cengkerang mcm siput dan merupakan satu-satunya cephalopoda yg berbeza sifatnya berbanding cephalopoda yg lain)

Nautilus mempunyai cangkerang berlingkar yang susun aturnya sempurna dari segi matematik selain dikatakan kejuruteraan semulajadi yang amat mengagumkan.

Rekod fosil menunjukkan nautilus tidak banyak berevolusi sejak 500 juta tahun lalu dan menjadi semakin bertambah serta bervariasi sejak 2oo juta tahun lalu. Spesis ini wujud pada zaman Cambrian ketika hidupan marin pertama kali muncul dan bertebaran di laut dan muncul sebagai pemangsa di laut pada zaman Ordovician.

Nautilus secara umumnya sama dengan lain-lain Cephalopoda, kepala dan badannya bercantum, mempunyai insang dan alat sensor yang amat canggih. Sesungut nautilus tanpa penyedut teratur dalam dua lingkaran. Sebahagian sesungut mempunyai fungsi kemoderia dan sebahagian lagi digunakan untuk menangkap mangsa. Paruh digunakan untk mengoyak makanan, radulanya luas dan mempunyai sembilan gigi.

Struktur tulang tubuh luaran membentuk cangkerang berlingkar. Haiwan ini boleh menarik tubuhnya masuk ke dalam dan menutup sebahagian badan yang terkeluar dengan "tudung" lembut berupa lipatan dua sesungutnya.Bahagian dalam cangkerangnya diselaputi ibu mutiara dan kalis tekanan kecuali pada kedalaman 800 meter.

Bahagian dalam cangkerang terbahagi kepada ruang-ruang atau bilik berseksyen yang dikenali sebagai fragmokon yang terbahagi kepada bilik oleh septum. Semua bilik mempunyai lubang di tengah-tengah yang dipanggil sifunkel. Apabila semakin dewasa, ia akan berpindah ke bilik baharu yg lbh besar dan menutup bilik sebelumnya dengan lapisan ibu mutiara. Haiwan ini meninggalkan satu lubang ditengah-tengah septum seakan-akan menjadi penghubung antara biliknya.

Nautilus dikagumi kerana merupakan haiwan bercangkerang yang paling mudah bergerak. Pergerkan nautilus bersifat apungan, namun ia mampu bergerak laju menggunakan daya rejang jet untuk menuju ke suatu arah.

Nautilus adalah pemangsa dan memakan anak udang, ikan kecil dan haiwan krustasea yg ditangkap menggunakan sesungutnya. Bergantung pada had tenaga yang digunakan utk berenang, haiwan ini mampu hidup degan hanya makan sekali dalam tempoh sebulan.

Jangka hayat nautilus mencecah 20 tahun dan boleh dianggap yang terpanjang di kalangan Cephalopoda.

:. iLHaM .:

kenapa ilham mesti dtg waktu malam???
mungkin sbb ni masa utk mengimbas semula apa yg dah kite lakukan sepanjang hari???
atau mungkin jugak sbb waktu ni otak berada dlm keadaan yg agak rileks???

Apepun,sy rase nk beri komen sikit tentang "perniagaan-ukhwah-masa depan"
(semoga pengisian sy kali ni tak menyinggung mana2 pihak yg sy hormati...jika ya,maafkanlah...sesungguhnya yg baik dtg dr ALLAH n yg buruk dr klmhn diri sy sri)

1)perniagaan
Surah al-jumaat ayat 10, maksudnya :
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat )
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang sesorang mencari sebanyak mana pun dari nikmat Allah s. w. t khususnya dalam perniagaan tetapi seharusnya tidak mengabaikan suruhan-Nya
Telah diterangkan dalam hadis bahawa terdapat sepuluh sumber rezeki yang Allah turunkan, sembilan dapadanya ialah dari berniaga. Manakala satu bahagian yang selebihnya dari sumber yang lain.

2)ukhwah
Islam adalah agama persaudaraan, perpaduan dan silaturrahim atau agama yang saling menghubungkan kasih sayang sesama Islam, saudara, keluarga dan juga sesama manusia. Islam agama yang mengatur manusia cara hidup yang terbaik, hidup bersaudara, bersilaturrahim dan bersefahaman.
Surah al-hujuraat ayat 10, maksudnya:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".
Salah satu cara mengeratkan ukhwah atau hubungan silaturrahim sesama manusia adalah memanggil saudara kita dengan panggilan yang baik-baik.Nurul Nadiah: Cahaya mulia/cahaya pemurah.Semoga Allah akan sentiasa menyayangi rakan-rakan yang sentiasa memanggil sy dgn nama yg baik-baik....amin.

3)masa depan
Bersama-samalah kita berusaha mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga kita sama-sama sentiasa berada di bawah naungan cinta ALLAH dan Rasul-nya...

Petikan dari buku "cuba try cinta Islam" oleh Abban Lo'baw....

Seindah-indah cinta
adalah cinta kepada
Penggenggam alam semesta...
kepada yang Maha Mencinta
yang tidak pernah putus cinta-Nya
yang kekal cinta-Nya
DIAlah ALLAH!

Saturday, 26 September 2009

:. Rose is a rose, even in space .:

photograph of rosette nebula taken by amateur astrophotoghraphers...Michael Petrasko and Muir Eveden, Arizona (space.com)

source : Quran Scientific

Bintang di langit mempunyai jangka hayat yang berakhir dengan pelbagai cara. Bagi bintang yang beratnya berganda-ganda dari matahari, kehancurannya melalui satu ledakan besar yg dikenali sbg supernova. Bagi kebanyakan bintang terutama yang beratnya tidak melebihi 2 kali ganda berat matahari, hayatnya berakhir dengan menjadi gumpalan gas berbentuk asap yang dikenali sbg planetary nebula.

Proses reaksi nuklear melibatkan pertukaran hidrogen menjadi helium di dalam bahagian bintang (core) mempengaruhi kestabilan dan sinaran cahaya sesuatu bintang. Selepas berbilion tahun, kehabisan hidrogen menyebabkan proses reaksi nuklear terhenti, bintang menjadi tidak stabil dan menyebabkan bahagian dalamnya menguncup dan menghasilkan suhu yang tinngi.

Suhunya mungkin meningkat daripada 15 ribu juta celsius kpd 100 ribu jta celcius dan pd ms itu, helium bercantum bg menghasilkan karbon dan oksigen. Akhirnya bahagian luar bintang bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap san terus berpisah dr bhgn dlmnya.Dan tamatlah riwayat sebuah bintang.Apabila asap berinteraksi dengan foton ultra ungu ia mula bersinar dan lahirlah planetary nebula. Rupa planetary nebula adalah pelbagai dan salah satu darinya dalam bentuk bunga ros yang bersinar.

Surah ar rahman ayat 37, Allah berkata, "Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti mawar (ros) yang di(lumuri) minyak". Terjemahan berasaskan apa yg disebut oleh Said Hawa dalam tafsir al-Asas fi al Tafsir.

Ayat ini menceritakan mengenai langit yag sedang mengalami proses kehancuran berubah menjadi merah seumpama ros yang bersinar. Quran menyebut langit dan bumi dan memfokuskan mengenai objek2 dan bintang2.

Hampir kesemua ulama semasa metafsir ayat ini dan mengaitkannya dengan hari kiamat. Ayat quran ini menceritakan dengan jelas keadaan yang boleh dan mungkin berlaku apabila bintang2 melalui proses kehancuran pada hari kiamat nanti..Walau bagaimanapun, paling penting adalah ayat ini mengingatkan kita mengenai bencana hari kiamat semasa kehancuran berlaku di langit dan pada masa itu tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu kita kecuali ALLAH.

:. LaGu faVoRitaS .:

:. aPe NaK JaDi .:

akhirnya berjaya jg m'update blog ni...mmg rindu nk menulis,tp dsebabkan kelengkapan yg selalu tak cukup ++++ nset sy yg lame rosak.....so,sy takde gmbr sgt utk di update.thanks to my lovely mum sbb sblm raye beria2 ajak beli new camera.love u!!so pasni sy akn rjn update =)
p/s:sy tak buang gmbr kt HK sbb tu kngn terindah sy.....(yg mmg gile travel...pntg dpt peluang)

skrg da kol 3 am...tp mate tak ngntok2 lg......excited sgt nk create new image for my blog ni agaknye...

before tdo,rutin harian la....mesti nk bc buku....tp ni mcm da tak larat.actually teringatbuku quran saintifik meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains by dr danial zainal abidin

buku yg sgt bermanfaat...n mbuatkan sy hmpr menitiskan air mata...syukur ya ALLAH...kau hadiahkan seorg penulis utk aku sama2 berfikir tentang nikmat kurniaanmu.....syukur alhamdulillah...betapa aku rasa kerdil sbg hamba mu yg hina ini ya ALLAH.

n ptg td tgk dokumentari kt aosis...bencana tsunami d acheh...kesan slps 5 tahun....n terigt jugak subjek elektif islam n alam sekitar yg ustaz ajar mase kat umt dulu....

Surah ar-rum ayat 41, Allah menjelaskan, "Telah zahir kerosakan di darat dan di laut disebabkan tangan2 manusia supaya Allah timpakan ke atas mereka sebahagian akibat dari perbuatan mereka, semoga mereka kembali ke jalan yang benar.

Otak ni pun mula berfikir.......byk sgt kerosakan yg berlaku sehingga ALLAH turunkan bala tsunami sbg peringatan.....aku teringin nk berhijrah supaya aku menjadi insan yg lebih baik dr hari ke hari...insyaALLAH