Saturday, 31 October 2009

:. PaHalA tAkuT KepAda Allah .:

Source : Di atas Sejadah Cinta by Habiburrahman El Shirazy

Dalam sebuah hadis Qudsi ada riwayat yang mengembirakn hati mengenai balasan yg diberikan Allah kpd org yg takut kepadanya

Rasulullah bersabda " Ada seorang lelaki tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu berwasiat kepada keluarganya. "Jika aku mati, maka bakarlah aku lalu lumatkanlah aku jadi abu. Kemudian taburkanlah abu itu sebahagian di daratan dan sebahagian lahi di laut. Demi Allah, jika Allah sampai menghisabku pasti akan mengazabku dengan azab yang tidak ditimpakan pada seseorang pun di alam semesta!"

Tatkala lelaki itu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan apa yang telah ia wasiatkan kepada mereka.
Lalu Allah memerintahkan daratan untuk mengumpulkan abu yang disebarkan di daratan itu. Juga memerintahkan lautan untuk mengumpulkan debu yang disebar di lautan itu.

Kemudian Allah S.W.T bertanya (pada lelaki itu setelah dihidupkan kembali) :
" Kenapa kau lakukan ini?"

Lelaki itu menjawab :
"Kerana aku takut kepadamu Tuhanku, dan Engkau lebih tahu itu"

Allah S.W.T lalu mengampuninya.

                                     ***
Kisah dlm hadis Qudsi ini begitu menyentuh dan penuh hikmah. Seorang yang selalu berbuat maksiat dan tidak pernah beramal soleh sedikit pun dalam hadis itu masih memiliki rasa takut kepada Allah S.W.T. Keagungan Allah ada didepan matanya sehingga ia takut akan hisab dan azabNya atas perbuatannya di dunia. Hal ini membuatkannya berwasiat bodoh. Setelah mati ia ingin mayatnya dibakar dan abunya disebar di daratan dan lautan dengan harapan tidak akan boleh dihisab Allah S.W.T. Ia ingin selamat dari azab Allah S.W.T. Dia yakin Allah itu ada. Dan ia yakin hisab Allah itu ada dan menunggunya setelah kematiannya. Dia ingin menyelamatkan dirinya dengan menyebar abu tubuhnya di daratan dan lautan.

Namun Allah maha kuasa untuk menghisabnya.Tak ada yang luput dari hisabnya. Dan pada akhirnya Allah mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan Allah S.W.T

Hikmah yang diambil adalah bahawa sekecil apapun keimanan dalam dada seseorang akan adanya Allah, akan adanya hisab dan keadilan Allah dapat menurunkan ampunan dan rahmat Allah S.W.T. Bagaimana jika rasa takut kepada Allah itu hadirnya setiap saat dengan disertai amal soleh? Tentu pahala yang disediakan Allah lebih besar dan agung. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman dan memberikan khabar gembira :

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagungan Tuhannya, dia menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal yang abadi". 
(An-Naaziat. 40-41)

Saturday, 24 October 2009

:: KaTa2 moTiVasi .:

Pagi ni sy bukak emai...bc email yg lame2 n delete sume yg tak dperlukan
n terjumpe cite ni:

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: 'I am blind, please help.' There were only a few coins in the hat.
 

For Latest And Cool Stuff Visit (Www.xcitefun.net)

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, 'Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?'  

 
The man said, 'I only wrote the truth. I said what you said but in a different way.'
What he had written was: 'Today is a beautiful day and I cannot see it.'

Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?

Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?


Moral of the Story: Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.

Invite others towards good with wisdom. Live life with no excuse and love with no regrets. When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

Great men say, 'Life has to be an incessant process of repair and reconstruction, of discarding evil and developing goodness.... In the journey of life, if you want to travel without fear, you must have the ticket of a good conscience.'

The most beautiful thing is to see a person smiling...
And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!


I like it! really2 like it!!!!

:. SeTtLe ProBlemO .:

lame da tak update my blog......
so far, saya tak sempat nak membaca or amik tau isu semasa sekarang coz baru seminggu jad RA n will smbung master kat UKM soon
a little bit tired sbb in 1 week i just finish my 40 sediment samples...preparation b4 antartica field go around (i.Allah...)...but not totally finish la......gile!nadiah bukan la terlalu robot k..hihi
so far....sgt2 bz....weekend just doing some work at medical faculty,UM......n akn terlepas utk join program kat rumah anak yatim rawang...sedih, but i hv work to do to.........(just secret...k)..some people know that!
but last monday i finish my buku "nak atau tak...whatever...i forgot! by dr HM Tuah"
n satu ayat yang saya terfikir........
dalam dunia, hanya orang eskimo dan melayu shj yang melatah....n kebanyakn org melayu akan nyanyuk bila tua (support by research k)
the facts hv some relation wit "usage of brain" ...n KEMALASAN
betul ke org melayu selalu lupa n malas as our previous prime minister said......but it prove k!
malu jugak bile my supervisor (iranian...Dr.) kata, kebiasaannya stdnt melayu agak malas.....n die nak saya just learn everythng new....n further my study till phd...u will got ur scholarshp easily when u perform well...coz u r malay!
~jgn slhkan beliau...itu hanya pemerhatian beliau shj...n i take it as pandangan peribadi beliau n motivation!
fikir2 kan kawan2.......mungkin kita akan marah...berani sungguh diorg bt research n ckp org melayu mcm tu....ish.....tp ape kate kite jadikan fakta tu sbg satu semangt utk buktikan yg sbnrnye kajian yg diorg lakukan salah...
bukan ke masa depan Malaysia bergantung pada muda mudi yg ade skrg (kite tau!!!) ????
take d challenge....mari sama2 jd golongan yang ade mase depan, atau dlm erti kate lain move one step forward dr ape yg kite ade skrg (tak kisah la dlm ape jugak bdang yg kite buat)
Bukan ke Allah selalu suruh manusia sentiasa berfikir???
fikir2 kan dan selamat beramal!
haha.... =)

Thursday, 15 October 2009

:. ProGram 11/10/2009 .:

Saya baru dapat photos from our cameraman that day....Program amal di rumah anak yatim yayasan rahoma, taman melati.....Terima kasih pada AJK2 yang terlibat....tahniah pd mc yang telah menjayakan program, walaupun byk lagi perkara yang perlu diperbaiki =) ....

~~Oleh kerana semua ahli dan rakan2 yang terlibat, sangat happy...dan adik2 yayasan rahoma pun sangat menghargai kehadiran kami semua menceriakan hari mereka...(hinggakan diorang asik menangis terharu je ...sampai kitorg jd serbe salah nak balik..huhu), saya update secara keseluruhan aktiviti on that day di sini:


Ucapan dr wakil yayasan Rahoma n our pengerusi


Sesi suai kenal

walaupun mula2 adik2 ni malu nak kenalkan diri masing2...tapi berkat kreadibiliti our AJK n mc mencipta trade mark...hooray, hooray..yeay!!!! dpt jugak mebuatkan adik2 kita semakin selasa untuk memberi kerjesama...kredit utk AJK n MC...*whink*


....kumpulan cawan.... 

Sebelum aktiviti dimulakan, semua adik2 dan ahli2 serta rakan2 dibahagikan kepada 4 kumpulan barangan dapur; iaitu senduk, pinggan, cawan dan periuk..n masing2 kenelah mencipta cheer sendiri dengan syarat, mesti high, n kreatif....so, setiap kumpulan pun ade trademark sendiri....
senduk : korang, nak kene senduk????
pinggan : P to d I to d N to d G to d G to d A to d N..kren lor!
cawan : cawan panjang sangat la, ssh nk explain...haha..yg penting ade CAWAN..kap kap...hihi
periuk : P.E.R.I.U.K...periuk...periuk...wazzup wazzup


 wah...tekunnye mereka 

then, aktiviti diteruskan dengan pertandingan pakaian kreatif dari surat khabar.....peralatan yang lain spt gam, gunting tak digunakan ye....hanya surat khabar semata-mata....ape lagi, jom kite tengok aksi2 menarik dr mereka...


Skirt kembang Adilah cantik la...sape yg cipta ni??haha


Balut n balut lagi ye adik-adik.....


  
Pahlawan-pahlawan kecil

dan.....ni adalah barisn model2 handalan kita bersama mama rubby..kredit utk adik2 yayasan rahoma *wink* for being very sporting participant


comel kan adik2 kite ni

after pertandingan diadili.....senduk dinobatkan juara bagi kategori pakaian kreatif dan bile adik2 disuruh sharing ape yang diorg dpt dr aktiviti tu......sesuatu berlaku!diorg meluahkan perasaan pulak......n mule menangis, sampai air mata abg2 n kakak2 pun da tak terbendung lg da.......haiya!


jangan la nangis syg.......


Sabar ye dik....kami tau, berat mata memandang..berat lg bahu yg memikul

n waktu ni pun...abg2 n kakak2 semua da tak boleh tahan air mata da.....saya paling sedih bile dengar "terima kasih abg2 dan kakak2 sudi dtg kat sini...kitorg tak pernah rase happy macam ni"...
Semoga Allah tabahkan hati adik2 semua...amin.

bile sume2 da sedih.......kitorg berhenti makan n solat zohor berjemaah.dan sepatutnya program abis kat situ je, tp adik2 ni nak lagi...n kitorg sume tak rush ke mana2....so, program diteruskan lagi


dengan...music doll n teka teki 


n abg ni antr org yg didenda sbb tak dpt jwb teka teki k..hehe


 tarian superstar utk adik2 dr abg2 n kakak2....


n sesi bergambar setelah acara penyampaian hadiah

Dan program yg sepatutnya tamat pukul 1.00 p.m akhrnya ditamatkan pd pukul 5.15 p.m sbb adik2 semua tak nak lepaskan kitorg. Jangan sedih ye...i.Allah, abg2 n kakak2 semua akan dtg lagi.
Semua ahli rasa puas ati sbb sekurang2 nya dpt menghiburkan adik2 yayasan rahoma yang terdiri dr background family yang susah.

Semoga program2 seperti ini akan berterusan n semoga Allah memberkati apa yang kita lakukan....i.Allah.
Pada rakan2 yang tak dapat join aktiviti kami, sudilah menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan..doakan semoga mereka sentisa tabah menghadapi masa mendatang.


-Nadia-

Saturday, 10 October 2009

:. ProGram Ke rumaH aNak2 YatIm .:

hasrat nak update blog semalam tak kesampaian sbb masalah internet yg tbe2 mbantutkan
esok.... ahad, 11/10/09...saya dan rakan2 akn berkunjung ke rumah anak2 yatim di taman melati
Moga semuanya akan berjalan dengan lancarnya
Masing2 excited nak ke sana..bermacam program telah kami sediakan......
saya sendiri tak sabar2 nak jumpe adik2 semua.....

Pada teman2 SBC.....especially sape yang tak dapat menghadirkan diri meeting rabu lepas.....saya update  tentatif program di sini: 

           TENTATIF PROGRAM
9.00 10.00 a.m            : Sesi suai kenal
                                      - chicken dance
                                      - hey baby dancing
10.00 - 10.15 a.m        : rehat
10.15- 11.15 a.m         : Latihan dalam kumpulan
                                      - Pertandingan pakaian kreatif
11.15 a.m - 12.oo p.m : teka teki
                                      music doll
12.00 -1.00 p.m           : motivasi n sntpan rohani
                                      superstar dancing
                                      Penutup

Pada rakan2 yang akan menghadirkan diri untuk program esok...jangan lupe bangun awal ye...kite akan berkumpul di u.m seawal pukul 7.30 pg
Ajak la rakan2 anda yang lain untuk memeriahkan program esok......mari bersama2 kite menceriakan hari anak2 yang kurang bernasib baik...

Pesanan pada AJK yang terlibat :
Pa'an.....jangan lupe bawak paper k
Syuk n Syaee...gud luck 4 ur new task...semoga berjaya menjadi mc dengan baiknye!!
Shafik....seperti biasa, sediakan lagu yang best2 ye
Ain.....jangan lupe beli hadiah =)
Mija.....sila bawak ur cute teddy.huhuhu

Pesanan juga untuk rakan2 pengunjung blog saya...jika berminat membuat charity, membantu orang2 tua yang kurang kemampuan dan anak2 yatim...silalah hubungi
nadia : 013-2183454 atau aiin : 017-2806514...
sumbangan anda amat diperlukan.....Semoga Allah merahmati segala kebaikan anda semua.... =)


Salam sayang,
Nadia.......

Wednesday, 7 October 2009

:. PeNdaPAt NaDIah .:



Malam semalam ade ceramah dari fatimah syarhah penulis pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul kat um (bajet cm stdnt um je..huhu) dengan tajuk..."Siapa dalam istikharahku".tp sedih, tak dapat pegi....
dan cik shamiza punye 'record-er' takde bateri la pulak nk soh kawan die, cik zulfa merekod... =(
tapi kerana ada urusan lain +++ tanggungjawab sy sbg s/u utk bncgkan program ke rumah anak yatim ahd ni...terpaksa  la mementingkan tanggungjawab dulu...kan.

Ada rakan saya yang berkata.....buku pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul untuk orang yang terlalu baik saja...orang yg high level dalam agama.....betul ke???
Sebabnya "kite yang takde basic agama...(maksudnye bukan dari sekolah agama ni tak sesuai macam tu)"
saya terfikir lagi.....betul ke????

Pada penilitian saya...penulis nak sampaikan, betapa cinta pada manusia tak sepatutnya melebihi cinta pada Allah dan Rasul.....betapa sebenarnya jika cinta sesama-manusia sebelum kahwin, terlalu banyak maksiat dari baiknya.......dan akan memberi kesan pula pada anak-anak yang akan dilahirkan nanti..

Saya bagi satu fakta yang mengejutkan.....saya tak ingat akhbar mana yang buat survey.......
(survey dibuat berdasarkan panggilan telefon pd 100 remaja secara rawak sekitar kuala lumpur dan shah alam)
result: hampir separuh mengatakan mereka pernah terlibat dengan seks bebas bersama pasangan (yg blm kahwin k) sblum umur 18 tahun lagi......dan kebanyakannya bermula sekitar umur 12 tahun....
Rakan saya (lelaki dan perempuan : 2 orang yang berbeza dan tak mengenali satu sama lain)......pernah cerita tentang pasangan masing2.......mereka tak kisah jika pasangan mereka pernah terlanjur dengan pasangan sebelumnya...asalkan mereka CINTA kan pasangan mereka dan sanggup terima seadanya.
~~ ape nak jadi pada remaja kita...rakan-rakan???

Bukankah, Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda
Maksudnya: "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu".
Ada juga yang kata..."aku bukan baik sangat pun nak cari orang yang ada agama"
saya pun naif juga dalam banyak hal agama...tapi bukankah Allah menciptakan manusia untuk beribadah kepadanya???kalau tak mampu menjadi sebaik sufi....kita juga berhak mencuba untuk mengubah diri,kan?
betulkan mana yang perlu dibetulkan.....tinggalkan mana yang buruk dan jelas keharamannya......dan amalkan segala suruhan Allah.
Mungkin ada juga kita terlepas pandang......terbuat dosa, tertinggal mana amalan yang tak perlu ditinggalkan....just, berdoa....semoga Allah sentiasa terangi hati kita dengan "hidayahnya"

Dan saya merasakan penulis buku pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul cuba menyampaikan perasaan...betapa indahnya cinta selepas kahwin, dengan menjaga hati dan pergaulan kita sebelumnya...atas dasar cinta kepada Allah dan Rasul.Kerana....banyak sangat berlakunya kepincangan dalam ummah islam hari disebabkan isu2 seperti ini....

Saya mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan...jika ada mana2 yang silap sebelumnya....mari sama2 kita bertaubat dan ubah persepsi cinta kita pada Allah dan Rasul melebihi cinta pada manusia...
Pada rakan2 yang dah bercinta, ada pasangan.......jangan pulak lepas ni...terus mintak clash, tutup pintu hati terus utk CINTA..sudahnya membujang sampai ke tua.....ubahlah misi cinta kita...supaya sentiasa dalam reda-Nya...elakkan mana yang patut dielakkan...cepat2 lah mengakhiri zaman bujang kamu, ye... =)
Pada yang masih mencari, dan risau betul takde calon lagi......Allah pasti ciptakan seseorang untuk kita...bersabarlah dan teruskan berdoa.....
Saya sendiri.....banyak yang perlu diselesaikan....dengan tanggungjawab yang semakin banyak ni.dengan perancangan sambung master lagi...mencari seseorang yang boleh membimbing ke jalan cinta ilahi,bukannya mudah......sampai masanya, harap bertemu dengan orang yang boleh membimbing diri ini.....amin....
(Semoga Allah sentiasa tetapkan hati saya untuk terus berada diatas jalan yang diredhai)

Tuesday, 6 October 2009

:. PeMiLik ciNTaku .:

alhamdulillah...program ke rumah al-ikhlas ahad lepas berlangsung dengan jayanya....
dan perancangan diteruskan utk program ahad ni pula......
syukur kerana rakan2 seperjuangan semuanya gembira dan ikhlas hati membantu nenek2 n atok2 di sana..

malam td sy baca buku pemilik cintaku setelah Allah dan rasul utk kedua kalinya.......
banyak input berguna yang ingin dikongsi dengan kalian semua....
petikan dari pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin  sangat terkesan di hati saya
" Sepanjang bergelar gadis, aku sedar tugasku ialah men'solehah'kan diri. Walaupun tidak termampu olehku mencapai darjat 'wanita solehah', sekurang-kurangnya ada usaha ke arahnya. Itu yang mahu kutunjukkan pada Tuhanku saat aku kembali pada-Nya."
Saya selalu bimbang tak dapat menjadi hamba Allah yang baik...tapi petikan di atas betul-betul membuat saya berfikir semula.

Ramai teman2 yang bertanya....siapa insan yang istemewa pada saya sekarang (atau bf........)
apatah lagi semakin ramai rakan2 yang mula bertunang dan membina rumah tangga dengan pasangan masing2.
Saya tumpang gembira dan berdoa semoga rakan-rakan berbahagia selamanya
tapi pada saya, saya yakin Allah telah tetapkan seseorang untuk saya

Adaptasi dari Seindah Mawar Berduri...
"Pernah suatu waktu dulu,Allah menguji saya dengan lelaki. Mula-mula saya rasa takut tapi lama kelaman saya rasa seronok diminati. Saya terlalu asyik kerana mungkin itulah pengalaman paling mencabar dalam dunia remaja. Sehinggalah saya tersedar sendiri bahawa cinta manusia selalu mengecewakan. Melalu pembacaan saya tertarik dengan ungkapan "Cinta Allah" dan saya dapat simpulkan cinta Allah tak mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai.Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hambanya, cuma saya yang tak kenal cinta Allah. pintu taubatnya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi. Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu.Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan rasa cinta dan rindu kepada-Nya dalam jiwa saya yang kosong ini. Saya ingin jatuh cinta pada Allah. Saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih bermakna."

Pada saya, bila cinta kepada manusia melebihi cinta kita pada Allah dan Rasul
saya perlu betulkan mana-mana yang silap...
lagi petikan dari Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul....
Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia disusuli tindak tanduk yang tidak Allah redai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Justeru untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan?bimbang ia jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilang kemanisan.....Aku menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadis :

Maksudnya : 'Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya sehingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah orang yang  syahid'.

Dalam riwayat lain pula maksudnya : 'Sesiapa yang jatuh cinta, lalu memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid'.

Aku nekad, selagi belum bersedia untuk bergelar isteri takkan sekali-kali kuserahkan hati ini kepada seorang lelaki. Biarlah cintaku kudus terpelihara hanya untuk insan bernama suami. Ini tekadku.Aku tidak mahu terjebak dalam kancah cinta palsu.

Lagi.....petikan..
Bahaya Cinta Sebelum kahwin
- Pasti kelak diriku ibarat lembu ditarik hidung oleh nafsu
- Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadanya
- Hati akan terseksa dengan belaian rindu
- Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
- Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
- Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
- Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
- Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
- Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina di atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya. Nauzubillah

Dan saya titipkan pesanan Rasulullah s.a.w :

"Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhnya. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai."
(riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

Maksud baginda lagi :

"Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya dan seluruh manusia."
(Riwayat al-Nasa'i)

Sama-samalah kita renungkan...

Saturday, 3 October 2009

:. Al-KisaH SejADah .:

Bila umi sy balik dr kedai tadi.......die tunjukkan utusan malaysia tentang sejadah yang tegak macam orang tengah solat...
semangat sy dan nana baca.....
Tibe2 hati terdetik nak kongsi cerita ni dengan rakan2 semua.....(mungkin ade yg da baca)
~~mari sama2 kita jadikan ikhtibar....mungkin ade hikmah yang tersembunyi.




BUKIT MERTAJAM 2 Okt. - Sepasang suami isteri yang berselisih pendapat mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd. Amin di sini terkejut apabila sejadah di bilik sembahyang mereka tiba-tiba tegak menyerupai orang sedang solat.

Kejadian aneh itu berlaku kira-kira pukul 9.45 malam, tidak lama selepas Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, dan isterinya, Zainab Ramli, 26, berbincang mengenai kedudukan sebenar kiblat rumah mereka berbanding di masjid berhampiran.

Sebelum kejadian, Zainab sempat menghamparkan sejadah tersebut untuk menunjukkan arah kiblat yang biasa digunakannya tetapi Mohamad Shuhaimi menyifatkan kedudukan itu tidak begitu tepat.Menurut Mohamad Shuhaimi, selepas berbincang dalam bilik berkenaan, dia pergi ke ruang tamu sebelum memandikan anak perempuannya manakala Zainab pula pergi menggosok pakaian.

''Tidak lama kemudian, Zainab tiba-tiba meluru kepada saya dalam keadaan muka pucat dan terkejut sebelum memberitahu sejadah yang dihamparkan tadi sudah tegak seperti orang sedang solat antara dua sujud," katanya ketika ditemui di rumahnya hari iniMohamad Shuhaimi berkata, dia mengucap berkali-kali apabila melihat sendiri keadaan sejadah tersebut yang menyerupai seorang wanita bersolat.

Melihat peristiwa aneh itu, Mohamad Shuhaimi menghubungi keluarga terdekat dan jiran-jiran yang kemudian datang menyaksikan sendiri kejadian tersebut.''Ada beberapa jiran yang datang dengan kompas untuk membuat ukuran dan mengakui bahawa kedudukan sejadah itu tepat menghala ke arah kiblat," katanya.Mohamad Shuhaimi yang bekerja sebagai penghantar surat memberitahu, sejadah tersebut yang sudah sedikit lusuh, merupakan hantaran perkahwinan isterinya ketika mereka mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.
Katanya, berita mengenai kejadian itu tersebar begitu cepat sehingga ada orang awam dari merata tempat termasuk Kuala Lumpur yang sanggup datang untuk menyaksikannya.

''Bagaimanapun kira-kira pukul 2.30 petang tadi, saya secara perlahan-lahan melipat sejadah tersebut atas nasihat dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam negeri yang datang ke rumah kami," katanya.
Katanya, ia bagi mengelak daripada berlaku perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam.
Mohamad Shuhaimi berkata, dia dan isteri percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu dan menganggapnya sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.

Friday, 2 October 2009

:. HuluRkaN baNtuAn .:

Sy baru dpt email dr Muslim Aid Asia....hari ni, 02/10/2009.....01:20PM
tp ada error if copy dr email untuk dijadikan post..

Ringkasan email.....
Dana diperlukan untuk membantu mangsa gempa bumi 7.6 skala ritcher di Padang (rabu lalu).Setakat ini, sebanyak 529 kematian dicatatkan dan beratus-ratus mangsa lagi dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan rumah, sekolah dan hospital. Hujan lebat menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh berlaku. Gempa yang berlaku di Pulau Sumatra hari ini menambahkan kebimbangan semua pihak. Muslim Aid Asia dibawah UN relief lesen telah melancarkan bantuan kecemasan, dan ratusan sukarelawan telah dihantar ke sana.
Ketua bantuan kecemasan Muslim Aid Asia, Mohammed Bali berkata "Ramai mangsa yang memerlukan bantuan.Keutamaan adalah untuk membekalkan air bersih, makanan dan khemah sementara bagi mangsa yang terselamat. Dana diperlukan bagi menyalurkan bantuan kecemasan menyelamatkan nyawa. Derma anda amat diperlukan"

Sila hulurkan bantuan anda di CIMB Bank 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia). Mereka yang menghulurkan bantuan boleh mendapatkan pengecualian cukai (Rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6847).Sila fax atau email nama, no. telefon, dan email address untuk pelepasan cukai.

Muhammad Bin Kamarulazizi
Fundraising and Marketing Manager
Muslim Aid Malaysia Humanitarian Foundation
Muslim Aid Asia
www.muslimaidasia.com
www.donateforummah.com

Mari kita sama-sama menghulurkan bantuan...Semoga Allah membalas semua kebaikan rakan-rakan sekalian
Bagi rakan-rakan yang ingin menghulurkan bantuan...sila hubungi Muslim Aid Malaysia seperti di atas k
p/s : email yg dhntr dlm english, if bhs kat sini kurang dfahami.....maaf ye (selalu ade prob translate ke bm dgn bhs yg baik...walaupun dulu kat umt penah je amik elektif bahasa melayu ilmiah..huhu)
nadiah... =)