Monday, 31 May 2010

:. Suke .:

Akhirnye nadiah dpt gak menamatkan kursus asas sukarelawan kt Glory Geach Resort 28-30 Mei 2010
Well....TERBAIK!!!!
sangat suke....byk sgt ilmu yg nadiah dpt kat sane
n byk jugak perkara yg menginsafkan n now nadiah lbh tau tntg tggjwb seorg sukarelawan =)

Wednesday, 26 May 2010

:. Suka Ati DioRAng je .:

Tadi..... Zumairah, one of yayasan salam volunteer's msg fb nadiah
Die tanye nape nadiah lame da tak join salam
(kitorg kenal wkt same2 g orientasi sukarelawan salam kt Pj dulu...nmpknye zu lg aktf dr sy..huhu)
~~nadiah sgt rindukan salam actually tp dsbbkn mslh tertentu (suke sgt bg alasan kan...but it's real!!!) sy menyepikan diri seketika waktu.....
Check2 email byk aktiviti yg nadiah da tertinggal ni.......(wlaupun mkn n tmpt tggl free....x tau la sempat bg name utk program esok kat PD...tp jap g nadiah akan call phk pengurusan utk reg...if takde tmpt da, sdh la saye..sobsob )
Then bile Zu da igtkan mcm tu, nadiah pun check la sume email dr salam......yg nadiah tak bape smpt nk catch-up.....adohai!
~suke tgk keratan akhbar aktiviti kat kg org asli yg kitorg pg b4....(really miss volunteering...nadiah akan kembali aktif,insyaAllah)

Yang buat nadiah tertarik ni msg dr Yus (knl ms aktvt kt kg org asli)......thanks Yus for d info!
nadiah tak igt da foward kat kwn2 ke blom...biasenye nadiah akan foward pd email kwn2......
So, nadiah share kat sini je ye....


KURANG AJAR...! Pameran 'seni' yang berlangsung di Sepanyol

~Haish...suke ati diorg je buat pameran seni mcm ni..tak menjaga sensitiviti betol la....
Kita pun telah diigtkan yang musuh2 islam akn sentiasa mencari jalan utk jatuhkan kita sampai la kita ikut agama mereka.
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w...d akhr zaman, umat islam ramai, tapi hanya seperti buih di lautan..
Ramai tapi kita tak mampu nk buat ape2???kita tiada kekuatan???
~nampaknya, musuh kita semakin bermaharajalela...
igt2 lah semua, marilah kita kembali pada jalan yang diredhai Allah....ke arah jalan yg lurus supaya kita tak terpedaya dengan tipu muslihat mereka.

Tuesday, 25 May 2010

:. Saya Rasa SePErti MemBazir Masa .:

Allah je yg tahu betapa la Nadiah busan dok kat rumah ni....
Tak sabar nk keluar n mencari experience baru!
Suria....my bestfren ajak g Pulau Perhentian 4-6 June rsnye, die nk blanje sempena bday Nadiah.......seronoknye!
harap2 la percutian itu tidak di cancelkan....risau resort sume da penuh.
Nadiah tak sabar nak menenangkan fikiran dan menikmati pemandangan ciptaan Allah yang cantik!!i luv laut...sgt2
Seharian menghabiskan masa yang berlalu dgn internet, tv, n buku.......tlg umi skt2...huhu
Walaupun da habis bace buku ni.....


Nadiah bace lagi sekali.......sekurang-kurangnya masa tak terisi dengan bende sia2...n boleh jugak meningkatkan semula motivasi diri
Chaiyok2 nadiah...teruskan berusaha dan jgn sesekali putus asa!!!!! =)

Monday, 24 May 2010

:. Thomas Alva Edison .:

Thomas Alva Edison pernah berkata " Ilham orang yang genius hanya menyumbangkan satu peratus kepada kejayaan, manakala 99 peratus lagi adalah usaha yang gigih." Beliau membuktikan kegigihannya dengan bekerja 18 jam sehari. Beliau mengambil masa 10 tahun bagi menghasilkan bateri nikel-besi-kadmium. Beliau melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum berjaya mengeluarkan lateks daripada satu jenis tumbuhan sahaja. Beliau juga mencipta lampu selepas berusaha lebih 10,000 kali.Akhirnya, beliau membuktikan kejayaannya apabila berjaya mempatenkan sebanyak 1093 jenis rekaan, walaupun hanya menghadiri sekolah selama enam bulan sahaja.


Petikan : 55 Petua Orang Berjaya by Dato' Dr. Mohd Fazillah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof

Sunday, 23 May 2010

:. SuNgAi DalAM LauT .:

email ni saya dapat dari seorang sahabat kat ukm.....thanks kak pika coz gimme ths really inyteresting article
So, saya pun updatekan la article ni kat blog saya untuk dikongsi bersama
moga kita sama2 dapat berkongsi ilmu....enjoy ur reading!


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (QS Al Furqan : 53)

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanography dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan lam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang mengadakan eksplorasi di dasar laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang sangat sedap rasanya kerana tidak becampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada membran atau dinding yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin di tengah-tengah lautan. Ia mula berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khayalan semasa menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tidak kunjumg mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan peristiwa ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentitikan dengan Terusan Suez.Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al-Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan. " Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya mekihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al-Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup pada abad ketujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan canggih untuk mencapai lokasi yang jauh  terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam.

Akhirnya terbuktilah pada abad 20 Mr. Costeau pun berkata bahawa Al-Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak dan benar. Dengan seketika diapun memeluk islam.

Allahu Akbar!Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Besar Allah yang Maha Agung .ShadaqallahuAl'Azhim. Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air."Bila seorang bertanya." Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"Rasulullah s.a.w. bersabda . "Selalulah ingat mati dan membaca Al-Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Ceneto Angelita, Mexico. Di sana ada sebuah gua.Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda melihat sebuah "sungai" di dasarnyakap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sebuah sungai...luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah S.W.T

:. PenGacaRa.:

                                             Adikku!                          Nana menang!                        

Ni la ragam adik saya sorang ni...namenye Siti Hanna Balqis...glamer gitu!huhuhu....
bukan ape, saya sebagai kakak kagum gak ngan budak kecik sorang ni.....hihi

Die setiap kali balik sekolah......mesti bagi umi rm1,(ayah bg rm3 setiap hari utk blanje)..die bg umi soh simpan sebab nk tlg umi (kecik2 da pandai nk tlg umi ye!)
Die jugak suke sangat la masuk pertandingan pape supaya dapat duit nk simpan....haish!sy jugak le yg kene jd PA die.tlg mane2 yg patut, kene prepare die dr segi mental n fizikal.hahaha

Last time...die masuk pertandingan yang seram2 saja anjuran utusan malaysia kat PWTC -kids fair,smart kids. Alhamdulillah menang tempat pertama.(suke konon sbb msuk paper).
Tadi punye la happy die sebab orang astro ceria call...kate die menang pertandingan sekolahku hebat, then kene pulak jadi pengacara utk perkenalkan  sekolah die dalam rancangan tu nanti....
Yang klaka, ms org tu call...kemain bdebar die,siap peluh2 bagai...then after tu tak abis2 ckp alhamdulillah....syg umi!huhu

All da best nana!hope adik akan jd insan bjaya dunia akhirat...amin =)

Saturday, 22 May 2010


Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

:. MaAf .:

Saya nak minta maaf sebab da lama tak update blog ni + maaf sekali lagi sebab saya da janji nk cite sikit sebanyak tentang the hidden hand but banyak yang berlaku...
dan saya memang tak dapat nak update buat masa sekarang mengenai itu.......kerana apabila menghuraikan sesuatu fakta, saya tak boleh terlalu mengikut emosi dan logik sedangkan ia amat memerlukan fakta yang kukuh dan terbukti kebenarannya...

Pada setengah orang blog tempat meluah perasaan jugak tempat berkongsi ilmu pengetahuan
saya lebih suka jadikan blog ni tempat saya berkongsi segalanya....perasaan,ilmu dan juga buah fikiran

Lately saya memang rasa sangat sedih.......stress......n kadang2 sampai tdo malam pun tak lena
dok pk segala masalah yang bertimpa-timpa
tapi saya tau.......kehidupan takkan bermakna kalau tiada masalah.rasanya semua orang pun tau!tapi macam mana cara untuk kita settle kan permasalahan kita n macam mana pulak keredhaan serta keikhlasan kita menerima segala ujian yang datang.

Ujian yang Allah bg pada sy cukup banyak pd pendapat sy.......tapi sy tau tak cukup hebat seperti orang lain.
Dan saya sedar juga apa yang kita rancangkan, hanya Allah juga yang akan menentukan segalanya.

Walaupun saya sedih sebab tak dapat sambung study dalam masa terdekat ni, atas faktor kewangan dan masalah2 yang perlu saya selesaikan....insyaAllah, suatu hari nanti pasti saya akan jejakkan kaki semula ke menara gading.

Setiap pengalaman yang kita perolehi dan setiap permasalahan yang kita harungi juga adalah satu bentuk pengajaran atau ilmu dalam meniti hari2 yang mendatang......ilmu Allah terlalu luas.Terlalu berharga pengalaman yang kita perolehi,insyaAllah.