Friday, 30 July 2010

:. Coral BleacHinG .:

                                KESAN pemanasan global semakin memberi tekanan terhadap kawasan terumbu karang

LANGKAWI - Sebanyak 12 lokasi pelancongan - sembilan pulau taman laut dan tiga pulau lain yang kesemuanya di Kedah, Terengganu dan Pahang - terpaksa ditutup sehingga 31 Oktober ini berikutan kejadian pelunturan karang.
Fenomena yang menunjukkan tanda-tanda karang tertekan dan mungkin akan mati itu semakin meluas, malah ia mencapai status 90 peratus bagi sesetengah kawasan terumbu yang terjejas.
Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Abdul Jamal Mydin berkata, antara lokasi itu ialah Teluk Wangi, Pantai Damai dan Coral Garden di Pulau Payar di sini.
Beliau menambah, di Terengganu, kawasan yang terjejas ialah sembilan lokasi di Pulau Redang, dua di Pulau Perhentian Besar serta masing-masing satu di perairan Pulau Lima dan Pulau Tenggol.
Di Pahang, tiga lokasi yang dikenal pasti terletak di Pulau Tioman, Pulau Chebeh dan Pulau Tulai.
Pada masa yang sama, tiga pulau lain di Pahang iaitu Pulau Rengis, Pulau Tumok dan Pulau Soyak turut ditutup.
"Ini adalah kali kedua berlaku kelunturan karang dan ia lebih teruk berbanding kes pertama kali semasa fenomena El-Nino pada 1998,'' kata Abdul Jamal pada sidang akhbar di sini semalam.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Abdul Jamal berkata, antara punca berlaku kelunturan karang di semua perairan itu ialah pemanasan global.
Tambahnya, serentak dengan itu, sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan dengan disertai pelbagai jabatan termasuk Kementerian Pelancongan, Jabatan Kerja Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan badan-badan bukan kerajaan.
Abdul Jamal berkata, setiap tahun taman laut di Malaysia dikunjungi lebih 500,000 pelawat dalam dan luar negara.
Beliau juga mengumumkan langkah mengehadkan jumlah pelawat ke Taman Laut Pulau Payar daripada 400 orang kepada 200 orang sehari bagi mengurangkan tekanan terhadap terumbu karang

~Nampaknyte coral bleaching makin menjadi2........
teringat zaman2 study dulu....kitorg sangat sygkan coral.if turun pulau pun sedaya upaya minima kan penggunaan sabun untuk jage coral.......utk tumbuh 1 inch pun da makan byk tahun

Memang la kitaran 10 years laut akan mengalami perubahan (peningkatan suhu air laut dsb) dan itu salah satu sebab terjadinya coral bleaching.......dan antara sebab lain adelah pollution yg berlaku....cth;pembuangan sisa toksik, tumpahan minyak dsbgnye.

tapi kite kene igt jugak....tu semuanya berpunca dari manusia sendiri. 
terigt elektif islam dan alam sekitar yg nadiah pernah amik kat universiti dulu....
"Kemusnahan alam sekitar berlaku disebabkan tangan2 manusia sendiri".......Allah dah bagi warning da

nadiah sgt x bekenan dgn org yg suke buang sampah merata2 n byk sgt gune CFC
bile da teruk global warming masing2 dok mengeluh panas la, itu la, ini la......
lagi......pasal spesifikasi EIA (environmental impact asessment)...ramai sgt yg tak ikut.ble  jd tanah runtuh, bangunan runtuh masing2 menuding jari =( actually, nadiah mmg mls nak cerita panjang pasal EIA.akan panjang menjela nnt.

Hope sgt kat Malaysia ni makin ramai org ade kesedaran sivik tntg alam sekitar. 
Islam mmg titik beratkan mengenai alam sekitar.......igt ye, ape yg kita lakukan kt alam ni akan ditanya dikemudian hari (1 of tugas kite sbg khalifah di bumi Allah)
-Islam galakkan kita jaga alam sekitar sampai duri ade kat tengah jalan pun dapat pahala kalau kita kutip dan buang dtempat yang selamat. 
~~so, ape pulak yang kita da buat utk sentiasa pastikan bumi ni selamat for our next generation?fikir-fikirkan..... 

Thursday, 22 July 2010

:. Miss Family n Rakan2 .:

I really miss my family n frenz.....
for those who read ths entry.....i just wanna say


I LOVE YOU
~Thanks 4 everything...really appreciate~

:. SAuDaRi ku .:

Nadiah jarang suke sajak, tp yg ni sgt best pulak rsnye....
so share dengan semua =)

Source :www.iluvislam.com.my
Petikan dari artikel bertajuk Suara hati lelaki penghuni syurga by jr_caliph
   

Saudariku...
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...

Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...

Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...

 Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

 Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?
 
Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...

Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a, 
di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...

Tuesday, 20 July 2010

:. i like Atok Teksi .:


New environment...(ths is my latest shoutout kt facebook)
really new environment when nadiah baru 2 hari start keje kat Cheras
n still stay with my induk kat Seremban
kol 5.20 pg lagi nadiah da bangun....mandi,siap2...solat n tumpang kak Suzie pg keje
but dr seremban bhenti kat mindef,jalan semarak...(husband kak suzie keje kat sane) then kami berdue naik teksi ke dataran shamelin.....
Pg td.....pakcik teksi yg bwk kami ke cheras sgt2 tue....nadiah rs mcm nk je bwk teksi,soh die duduk sebelah.....huhu
bhenti kat stesen myk jap area2 jelan semarak tue...sedih sgt tgk pakcik tu...jalan da ketar2 g byr duit myk
dlm hati nadiah da teke2 bape ye umur die...mcm lg tue dr atok!
perjalanan diteruskan...nadiah pun mule la borak2....pakcik tu kate da 50 thun dok KL, n lebih 20 tahun dok Spore......
korg boleh agak kan umur die....n sah lg tue dr atok sy!
n sy layak panggil die atok teksi!hihi....
atok tu bwk teksi sgt bhati2 but really cekap
nadiah memang respek la....wlaupun mcm tu, still ade kudrat utk rajinkan diri cari rezeki...
tak macam sesetengah orang, badan punye lah gagah perkase....tp keje malas...semuenye nak senang..manusia2!
bukan ke Allah suruh kite bertebaran mencari rezeki?
~~nadiah tabik hormat pade atok teksi =)

:. KeNaPa Mahu BunUH DiRi? .:

peluang utk merehatkan minda dan segala-galanya kat pengkalan balak, melaka meninggalkan kenangan yg susah la nak dilupakan
Waktu semua orang tengah bizi2 nak prepare utk BBQ....
ade la sore sape ntah "Tengok..orang tu...eh..eh...kenape die macam nak pengsan?"
Nadiah terus mcm tersentap....sorang budak perempuan pakai t-shirt n kain batik terus jatuh depan mate
wah...darah membuak2 keluar dari mulut die
along then alihkan budak tu ke tepi.....(sbb die jatuh tgh jalan raye ye)
~nadiah yg baru g kursus 1st aid pun menggunakan la ilmu yg ade utk mbantu (cewah!!!)haha
nadiah : nafas n nadi ade ni.....kite just tunggu pertolongn datang...n bersihkan n tutup luke je
tp yg peliknye sume org yg lalu lalang takde pun yg nk tlg...pelik!
then ade 2 org budak perempuan dtg...naik motor
budak perempuan naik motor : nnt kitorg pggl family die
abg jamil : ok!
kitorg pun tunggu la....
tp nadiah mule musykil...wkt along nak bersihkan luke kat tangan die, byk kesan kelar.....then abg jamil tgk budak tu keluarkan kaca dr dlm mulut....dengan badan basah n rambut pnuh pasir, nadiah mule2 igt kene langgar...sbb darah mbuak dr mulut n hidung
but tbe2...nadiah : awak nk bunuh diri ke?
budak psicho : a'ah...ni luke kat tgn yg byk2 ni luke dulu...
rupe2nye die mmg nk bunuh diri.......kelar tangan, hiris lidah n cube telan kace...then nak lemaskan diri
kak ika : Allah tak bg die mati lg tu.....
Betul la kan....mcm mane die buat pun, sekerap mane die cube...if ajal tak sampai lagi.....die takkan mati!!!! 

kitorg da gelak2 tgk budak tu (tp cover2 la..haha).......tbe2 da bersih sume die bangun 
then boleh pulak dok kat tempat kitorg prepare BBQ..nk jd sebahagian dr family kitorg ke?owh...no!n never....
yg kitorg tak tahan.....
budak psicho : aduh sakit la lidah
abg jamil : sape soh lukekan diri sendiri....
ops!die nak mengamok kau!siap nk pukul abg jamil lg......
nasib alang selaku kaunselor tak bertauliah bjaye tenangkan budak tu

along : kenape nak bunuh diri dik?tak igt ke..kite ni org Islam...bwk2 la solat
budak psicho : sy tak pandai sembahyang...td nenek br nak ajar...(smbl sengih2)
tak paham tol...dr segi cite die, die kate die bunuh diri sbb gaduh dgn nenek n kwn die
die pnh pukul nenek die smpai patah gigi lg!ganas tol...

n die duduk je kat kitorg smbl tegur2 kitorg la bagai.....tp sbb die agak "mental" + nk pukul2 org mbuatkan kitorg jd takut.....n buat bodo je
nadiah : ish budak perempuan tu kate nk bg tau family die......takde pun yg datang
akhrnye stlh di pujuk2 oleh alang, die pun balik after azan maghrib berkumandang...n kitorg dptlah menarik nafas lega....


actually setelah kitorg selidik2...tny org2 kg...rupenye budak ni da takde ayah..mak die tak nak jage, tgglkn die dgn nenek..tak terkawal, budak ni mcm pengemis la senang cite
takde org uruskan...n mmg die selalu nk bunuh diri.

~~ macam2 kan...tak sangke pulak nadiah boleh mlalui saat2 mcm ni.PENGALAMAN
     hopefully cite ni boleh djadikan pengajaran.....

Tuesday, 13 July 2010

:. FinalLy Settle .:


Finally settle sudah matta fair neg 9
mcm2 berlaku yg best n tak best...
huhu
tapi biase la pengalaman is the most important
itu menjadikan nadiah melangkah setapak lagi dlm menimba pengalaman hidup
Setelah 3 hari berkampung kat terminal 1....smbl menyaksikan pelbagai karenah manusia n artis2 yg sempat membuat perfomance....
nadiah, induk n wan pun merehatkan diri ke S2 city park.......
suasana tenang n mendamaikan hati but i dun like tgk ikan byk yg tercungap2 kat tasik
lot of people bg ikan mkn.....tp ikan yg gmok2 tu terlalu crowded + knp tak bukak air pancut...pntg utk provide oxygen pd ikan n kure2 yg byk tu....kesian!!
~tp siyesly environment gv me extra relaxation....(natural healing katekan...cewah)

Wednesday, 7 July 2010

:. THankS Allah .:

Pagi ni perjalanan dr rumah induk ke Housecoff Travel agak mendamaikan...tak banyak kereta macam selalu
even kepala nadiah asik berdenyut2 dari pagi tadi, tapi banyak yang nadiah terfikir tentang sebuah perjalanan hidup =)

Nadiah pernah post lagu demi matahari yang dinyayikan oleh kumpulan snada before..mungkin ramai yang tak tau
tp lagu tu selalu dmainkan after habisnye rancangan halaqah....n thanks to kak nor yang bg that really nice song  (actually sblm ni nadiah tak tau tajuknye n sape yg nyanyi) n  akhrnye nadiah dpt upload kat blog ni-entri lame
lagu tu sbnrnye terjemahan dr surah as-syam.....yang menceritakan tentang perjuangan insan2 supaya mencari rezeki yang halal di pagi hari...n sesungguhnya merugi bg orang2 yang lalai.
~setiap pagi tengok insan2 berbondong2 keluar mencari rezeki membuatkan nadiah terus bersyukur dengan segala apa yang Allah berikan pada nadiah selama ini

walaupun banyak sangat dugaan yang datang....dr pernah kegagalan, kerugian, terbantutnya hasrat nadiah nk further study n peritnya bila nadiah tak cukup duit utk survive (thanks to my really best fren yang selalu sgt support n tlg nadiah stp masa-suria,mija,mira..).Hanya Allah yg tau bile pd sesetengah ms nadiah rs putus asa n keluarkan air mata-bukan sedih sebab peritnya dugaan yang Allah bg sbb nadiah pasti segala-galanya pasti akan ada hikmahnya, tp sedih kerana nadiah tak nak selalu susahkan orang n risaukan semua orang...sorri sangat...thanks to Suria for the advice "nad,kamu kene ingat..pasti ada sesuatu yang Allah akan bg kamu sbb kamu pernah berusaha, sedang usaha n akan terus berusaha..kamu bukan doing nothng"......Suria, nasihat kamu btl2 buat sy tersedar n terharu...love u!thanks tak terhingga pada Allah n family especially umi n ayah for the really big love n sacrifice...~nadiah sgt sayangkan korang semua.~

Thanks to atok for the really valuable advice (mcm entri lepas) even pd sesetengah orang....advice yg atok  bg mungkin nmpk simple....but nadiah really appreciate it....bcoz dengan itu nadiah mendisiplankan diri utk setiap hari bc quran n solat dhuha..
Thanks Allah!dengan berkat waktu dhuha mu kau limpahkan kurnia n rezekimu pd aku.....
even segalanya masih dlm mode permulaan...nmpaknye Allah bukakan jalan2 yang nadiah tak duga utk nadiah terus mencari sumber rezeki.....
Thanks to fara coz share dgn nadiah how to find project with medical product n also to Ada coz teach me how to deal with financial scope.Also Kak Suzie coz tlg antakan resume nadiah n for the interview.
Segala yang fara n Ada share, all about freelance n kak suzie tlg nadiah utk dptkan keje even tak tau resultnye lg (hopefully dapat,insyaAllah)

Segala perancangan yang nadiah buat akan nadiah usahakan, tetapi semuanya terserah pada Allah juga....
nadiah betul2 tengah mencari experience utk bukak bisnes (itu rsnye sprt impian kebanyakan orang..huhu)
Thanks to Amai sbb ade share dgn nadiah about event management....nadiah mmg teringin nak bukak bisnes berkaitan itu.....n experience yang sangat berharga bila nadiah libatkan diri dgn housecoff n juge matta neg.9....
coz i really love travel agent actually...n bolehkan nadiah rs nk gabungkan antr event mangement n travel....mcm amai pernah buat,event d overseas....
tp perancangan itu mungkin la lmbt lg utk drealisasikan...hopefully nadiah boleh kumpul lg segala maklumat n experience dlm bdg2 berkaitan.....=)
bukan senang utk membina sebuah empayar...hu.

N segala2nya nadiah harap sentiasa akan membolehkan nadiah menyumbangkan sesuatu pd yang betul2 memerlukan....
n thanks juga pada yayasan salam sbb byk sgt bg peluang pd nadiah utk menyumbangkan tenaga....(love volunteering sbb itu mbuatkan nadiah sgt2 insaf n sedar diri mengenai tugas sbg khalifah d bumi Allah...mija, buku murabbi cinta aku da abis bace,really gud!sgt2)

~impian nadiah utk bina rumah anak yatim hopefully akan tercapai satu hari nnt......kalaupun tak tercapai hopefully nadiah boleh smbgkan sst utk diorg nnt.....
setelah pelbagai pengalaman yang nadiah lalui, barulah nadiah faham kenapa atok sangat tenang walaupun nadiah kesian tgk atok yg da tua bersusah payah jual tempe di sekitar pasoh 3.....rupa2nya ketenangan hidup bukan tercapai dengan mewahnya hidup, tp kerana manisnya iman...manisnya iman bila segala susah payah kita sndarkan atas cinta pada Allah dan rasul....atok hidup sederhana utk sentiasa berusaha melepaskan rindunya pada tanah suci Makkah.....dan utk sentiasa menyuburkan cintanya pada Allah dan Rasul...

Thanks Allah atas segala nikmat yang engkau kurniakan.....walaupun aku kadang kala rasa seperti putus asa, tapi engkau sentiasa berikan kekuatan pada aku utk tempuh segala-galanya.....
Semoga engkau sentiasa limpahkan hidayahmu pada aku Ya Allah, semoga imanku sentiasa kuat utk menempuhi segalanya..amin.