Tuesday, 24 May 2011

:. WaNita TerBaik .:

Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam prnh ditanya tentang wanita terbaik;

beliau menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik : tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" itu tiada maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut
kecuali sekelompok "0" ~ sekian ~

~Thanks Ustaz Ishak for d info......really wonderful!

Sunday, 8 May 2011

:. SyRia + JoRdaN + BahRain-PaRt 2 .:

ok...continue my journey here =)

Hari kelima : 10 April 2011

Kami menuju ke Bosra dan Nawa, dalam daerah Daraa yang dikatakan kawasan paling bergolak di Syria waktu tu.
Media asik keluarkan berita rusuhan dan pembunuhan di Daraa.
Nadiah tak berhenti2 berdoa, setiap ms bc ayat seribu dinar supaya perjalanan di permudahkan.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

....Sampai di Bosra....

Buheira Cathedral

Buheira Cathedral- tempat di mana paderi Buheira memberitahu alamat kenabian pada diri Rasulullah s.a.w semasa baginda berniaga di Syam ketika berumur 12 tahun.

Mabraak Al-Naqaah (tempat Rasulullah memberhentikan untanya)

Di Roman Amphitheatre

Mari ber-group photo lagi.huhu

Masuk je kawasan Nawa, banyak pulak sekatan askar.
Berdebor jugak la...lame kene tunggu. Siap pegawai die naik atas bas, check.
Actually diorang nak pastikan keselamatan kami......Agak ketat sikit sekatan sbb lawatan yang kami nak pergi dekat sangat dengan Israel.
Tapi alhamdulillah semuanya ok je.... ;)

Makam Imam Nawawi

Di Makam Nabi Ayub

Mata air Nabi Ayub

Hari keenam : 11 April 2011

Pagi-pagi after breakfast, kami bergerak ke kawasan pergunungan Qalamun untuk ziarah makam Habil-pembunuhan pertama dalam sejarah umat manusia

Di Makam Habil

Kat kawasan makam Habil ni ada banyak kedai-kedai. Nadiah n Ustz Ishak bergambar dgn family Dato' n Hj Yaakub

Then balik ke bandar Damascus untuk ke masjid Umawi dan jugak shopping!!!

makam Salahuddin Al Ayubi

Masjid Umawi Damascus

Di masjid Umawi terletaknya makam Nabi Yahya, tempat marshad saidina Hussein dan menara Isa-dipercayai nabi isa akan turun di sini akhir zaman nanti

Tempat persinggahan kepala Saidina Hussein - peristiwa karbala

Then shopping di Suq Hamidi yang dah berusia 500 tahun (panjang pasar Hamidi 1.5km)..Gambar shopping takde la ye, nadiah bukan lah kaki shopping sangat. sekejap jek kat situ, then nadiah ke tempat lain utk beli kiriman orang...huhu


Hari ketujuh : 12 April 2011

Sedih..ni hari terakhir berada di Syria. Pagi2 dah bergerak ke Jordan.
Ambik masa yang lama jugak di border untuk urusan visa masuk ke Jordan.
Sampai2 je Jordan, kami terus ke laut mati

Laut Mati

Sempat naik kude lagi...hehe

Hari kelapan : 13 April 2011

Hari yang paling penat sekali
sebab kene berjalan sejam pergi n sejam balik dari pintu masuk ke the khazanah kat petra....
Kota kuno yang dah berusia ribuan tahun, tinggalan kaum Nabatean
~~terkenal dengan seni ukir gua

Lunch di Petra Magic Restoran

Berehat jap....ni baru setengah jam, jalan...hihi

..Group photo lagi..

Hari kesembilan : 14 April 2011

Last day di Jordan...
Sebelum berangkat balik ke Malaysia, singgah di Gua Ashabul Kahfi dulu

7 sleepers...lelaki tu tak masuk ye

One mentioned in the Quran

Hari kesepuluh dan kesebelas : 15 & 16 April 2011

Sampai di Bahrain, kami buat city tour..yeay!dapat jugak tengok2 bahrain

 Camel farm....farm ni diraja tau. Uncle king of Bahrain

Lupe la bangunan ni name ape...tapi menggunakan kuasa angin utk jana elektrik...environmental friendly.gud!!

Bahrain fort

di Muzium Bahrain

Islamic Centre Bahrain

hari kesebelas...sampai Malaysia da!hihi

Thanks for reading =)

NADIAH
Cheras

Friday, 6 May 2011

:. SyRia + JoRdaN + BahRain .:

06 - 16 April Nadiah ke Syria + Jordan (11 H, 9 M) dan sempat melawat sekitar Bahrain
Seronok sangat dapat ziarah ke tanah Syam
~Nadiah sangat syorkan pakej Syria Jordan utk sesiapa yang nak mengenal cinta Islam =)
banyak sangat sejarah Islam yang dpt dipelajari kat sane
-Disebabkan  entri ni will be panjang berjela, Nadiah akan jadikan ianya sebagai part 1 and part 2 ye, jangan marah!

Hari pertama : 06 April 2011

Nadiah dan 25 lagi ahli group berlepas ke Bahrain dari KLIA jam 8 malam. For sure transit di Bahrain kerana kami menaiki pesawat Gulf Air (GF). Pukul 12.30 malam kami smpai di Bahrain International Airport dan ambil coach ke Hotel Al-Safir yang dah disediakan oleh GF...
masuk bilik, solat n terus sambung tido..huhu

Hari kedua : 07 April 2011

After breakfast,  gerak ke airport untuk ambil penerbangan ke Damascus jam 9.30 pagi.
Jam 12.30 tengahari sampai di Damascus (kecik je airport diorang)
after settle semua urusan imigresen n luggage....keluar je airport kami disambut oleh 4 orang Ustaz muda (yang pada Nadiah diorang ni sangat lah bagus n baik2 belake..hihi)
after chck in hotel....nadiah ke Bab As-Saghir iaitu kawasan perkuburan yang menempatkan makam ramai tokoh2 islam)

Makam Bilal Bin Rabah-1st muazzin

Makam Ummu Salamah dan Ummu Habibah..isteri Rasulullah s.a.w

Para Syuhada' Karbala

Makam Muawiyah, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w

Then, menikmati pemandangan di Bukit Qosiyun 

Pemandangan bandar Damascus dari Bukit Qosiyun

After that, makam malam di restoran Aifu Lailin Wa Lailah...best sangat tempatnye macam kat istana Aladdin jek.~kamera nadiah problem waktu tu..bateri kong pulak, rugi sangat tak ambil gambar.

Hari ketiga : 08 April 2011

Ziarah seterusnya ke Halab yang ambil masa 5 jam dari Damascus. Tapi dalam perjalanan, singgah di Homs dulu (sejam lebih dari Damascus).
Di Homs, nadiah ke Crack of d Chavelier or Qalaah Hison dalam bahasa arabnya.
Kubu ni adalah kubu terakhir tentera salib di bandar Syria yang kemudiannya di ambil alih oleh tentera Islam yang diketuai oleh Salahuddin Al Ayubi

Bersiar-siar di sekitar kubu

Pernah ada pengambaran cite ape ek kat sini. lupe pulak

Nadiah rase reka bentuk kat sini unik dan cantik!

Cantik kan pemandangan kat sini

Amik gambar jap..hihi. Ni lah group nadiah

Rumah penduduk di Homs.....rumah diorang memang style jenis tak siap

Then kami ke Bandar Hama untuk makan dan solat


Berhenti kejap di taman yang menempatkan kincir air nories yangberusia ribuan tahun

Comel sangat budak2 kat Syria ni.....

Ha, caye tak? comel sangat kan...mak baby ni tak nak bergambar pulak..huhu

Dah menenangkan diri berehat2 di taman, kami teruskan perjalanan ke Halab lagi 3 jam...(mari tdo dlm bas.)...then dinner n tdo lagi kat hotel...xoxo

Hari keempat : 09 April 2011

After breakfast, kami mulakan hari melawat qalaah Halab (diiktiraf sebagai "World of Heritage" oleh UNESCO pada tahun 1986)
Kubu ni dah berusia 5000 tahun
Permulaannya dibina sebagai tempat ibadat, kemudian diubah fungsinya sebagai kubu pertahanan dalam peperangan.
kubu ni mengalami banyak pengubahsuaian....4 zaman yang berbeza iaitu Hamadian, Zengid, Ayyubid dan Mamluk

Yeay...mari ber-group photo

explanation by Ustaz Ishak as translator

makam Nabi Khidir

explanation dari Ustaz Razak

Diceritakan Nabi Ibrahim pernah singgah d sini kemudian mengagihkan susu kepada penduduk kampung. Halab = susu 

Pemandangan bandar Halab..Nadiah tegak macam nyanyi lagu negaraku kan

...peninggalan kota lama...

memang cantik bangat kawasan kubu Halab ni

Selepas kubu Halab, kami menziarahi masjid Umawi Halab untuk menziarahi makam Nabi Zakaria

Di makam nabi Zakaria...masuk masjid atau tempat2 sejarah di Syria ni mmg kene sopan. 

Lunch time....ni gmbr pemandangan kota halab dr restaurant Abu Nawas bdekatan masjid Umawi

Perjalanan balik ke Damascus....nadiah snap gambar ni, tengok betul2...lol

Sempat singgah di Masjid Khalid al Walid untuk ziarah makam Khalid al-walid dan Ubaidillah bin Umar Al Khatab 

To be continued...takut korang boring pulak bc entri panjang2 ni... ;)