Friday, 16 September 2011

:. MenGejaR PelanGi .:

Alhamdulillah....
kesihatan semakin baik dan semuanya lebih baik.
Nadiah dah mula sambung study di UKM, sgt2 sedih tinggalkan family POTO...
Nampaknye gmbr2 cambodia masih tak dpt di upload d blog, semuanya ada d facebook

Baru mula minggu pengajian, nadiah dapat bayangkan setahun ke depan akan penuh cabaran...
banyak kerja perlu dibuat, banyak pengorbanan usaha + tenaga yang perlu dilakukan
Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.
INSYAALLAH

Nampaknya kerja2 utk ke oversea terpaksa ditangguh dahulu sehingga nadiah berjaya habiskan pengajian dengan jayanya.

~~sambil2 mencari jurnal untuk bahan projek penyelidikan
sempat lagi nadiah layan cerita laskar pelangi di astro oasis
even nadiah tak igt da kali ke berapa tengok cerita ni, tapi masih rs nak tengok smpai ke penghujung
Cerita yang penuh moral pada nadiah,
sangat2 memberi pengajaran hidup yang bermakna.
Mengajar erti sebuah pengorbanan dan ketabahan walaupun hidup serba kekurangan

Memang selalu itu pun yang dituntut dalam kehidupan kan?
Allah akan sentiasa memberi pelbagai pengajaran dalam  hidup kita

Untuk mengejar pelangi...
Haruslah sentiasa berusaha sedaya mungkin untuk menghadapinya, jangan selalu melarikan diri dari kenyataan
dan yang paling penting harus sentiasa bersangka baik kepada Allah
bak kata Ustz Hasrizal "erti hidup pada memberi"
dlm cerita Laskar Pelangi selalu ditekankan "kita perlu jadi orang yang selalu memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya"
~~pada nadiah satu pernyataan yang perlu difikr dengan mendalam maknanya.


NADIAH
Cyberjaya