Sunday, 23 October 2011

:. Mari BerseRah kepAda Allah .:

Beberapa masalah dalam family....nadiah serahkan kepada Allah untuk tunjukkan jalan
Rsnya tak mampu nadiah nk bertindak n berfikir lantaran terlalu sedikit kudrat yang mampu nadiah salurkan
hanya doa yang mampu nadiah kirimkan setiap saat supaya angah sentiasa tabah
juga supaya Umi dan ayah akan terus tabah
kerana anak2 mereka ini sentiasa sahaja membuatkan mereka bimbang. Bukan mudah menempuh alam dewasa di era milenium......terlalu banyak dugaan dan cabaran
Tetapi dengan izin Allah.....supaya semuanya akan sentiasa dipermudahkan.
Allah lebih mengetahui.
Supaya Allah panjangkan umur anakmu ini agar dpt menabur bakti...
Hanya Allah yang mampu membantu...bukan manusia!

Selain keluarga nadiah juga sedih sbb terkasar bahasa dengan seorang rakan hingga hatinya terguris.
Hanya Allah juga yang akan membantu memperbaiki keadaan bila nadiah dah berusaha meminta maaf....
~nadiah harap hubungan habluminaalh n hablumminannas sentiasa baik
supaya di akhirnya nnt tidak ada yg akn dtg menuntut sebuah keadilan.
Adil = meletakkan sesuatu betul pd tempatnya kan?

~Nadiah tenangkan hati dengan merenung ciptaan ilahi
sementara tunggu nana swimming di taman tasik....
begitu asyik rsnya duduk di bwh pohonan rendang menghadap tasik yang airnya tenang
subhanallah...cantik sungguh ciptaan Allah.
n lantas nadiah terfikir.....bagaimana orang bukan islam berani berfikir bumi ini tiada pencipta. Tidakkah menjadi 1 persoalan...kenapa manusia hanya wujud di bumi dan bukan planet2 lain dalam alam semesta yang luas ini.
Tidak berfikir ke mereka?
Alhamdulillah....betapa manisnya rs keimanan. syukran Ya Allah.

~Nasi khabsah memang jadi kegemaran.
At least sebulan sekali memang nadiah akan peruntukkan sedikit duit untuk makan di restoran saba; cyberjaya....
Rindu sungguh pengalaman di tanah arab ~cinta islam begitu subur d sana~
hinggakan bila keluar dari airport cairo, amman dan bahrain dulu...hati nadiah bagaikan menangis pilu. Bila lagi Allah akan beri kesempatan agar nadiah terus dpt merasai dekatnya kekasih Allah dan luasnya cinta Allah pd nadiah kerana dberi kesempatan meneroka negara orang.

Semoga Allah akan beri kesempatan nadiah jejakkan kaki ke tanah suci secepat mungkin....
mari berserah kepada Allah
keran hanya dia yang berhak memanggil dan menentukan siapa tetamunya yang terpilih untuk merasai nikmat cinta suci dari-nya.

Monday, 10 October 2011

:. KonFlik DalAMan .:

Nadiah ada 2 konflik dalam diri
tengah sibuk-sibuk banyak assignment. sempat lagi nak ade konflik2 dalaman...huhu
Saje nak berkongsi...sebab tujuan nadiah buat blog ni pun sebagai satu cara meluah perasaan atau buah fikiran  dan jugak berkongsi ilmu yang tak seberapa ni- tak kira lah yang nadiah dapat dari pembacaan atau pemerhatian.

1st : Konflik wanita berumur 25++

ramainye yang dok tanye pasal perkahwinan... bile ko nak kawin? dah ade calon ke? ade bf dok ni?
pelbagai soalan yang melibatkan hati dan perasaan la kan.....rs nak je jawab.....takde soalan lain ke? - kang ade pulak yang kecik ati kan.huhu
ni lah dilema....

nadiah just jawab belum smpai masenye lagi.
tak normal kalau nadiah cakap as a woman nadiah takde perasaan utk 'beralam rumah tangga' kan.
cuma masanya belum lagi.........jodoh pertemuan kan dengan izin Allah jua.
Nadiah bukan orang yang anti-couple or cinta or ape je lah perasaan yang sewaktu dengannya.
Tapi pengalaman yang lepas telah banyak mengajar erti sebuah cinta.....cinta Allah jua yang kekal abadi.

~Cinta yang ada dalam hati ini pada waktu ini biarlah hanya untuk ilahi.......nadiah tak tolak cinta manusia. Cuma buat masa ni, biarlah begini. Kerana nadiah baru je belajar dan kenal cinta pada zat yang hakiki. Rasanya tak tergamak meletakkan cinta manusia melebihi cinta ilahi dan rasul buat masa ni.
persoalan yang selalu nadiah rase nak bagi balik pada org2 yang ajukan soalan2 seperti yang di atas tadi...
Salahkan saya untuk pilih lelaki yang boleh membimbing saya menemui cinta ilahi yang kekal abadi?
Salah ke kalau saya reject lelaki yang tak jaga solatnya? yang bila keluar nak pegang2 tangan kite? atau yang asik nak menjerumuskan kite ke arah maksiat semata-mata.

Kalau jawapannya adelah "tak salah"...nadiah minta, doakan saya....supaya saya dapat menemui "lelaki" yang boleh membimbing itu. Allah yang menentukan segalanya.
Hati ni takde la tertutup utk nak berkenalan dengan sape2...tapi nadiah percaya kuasa doa. InsyaAllah sampai masenye akan dipertemukan jua...tp andai dpt juga org yang 'tak membimbing' akhirnya......itukan ujian Allah?siapa kita untuk mengatakan kita beriman sedangkan bila Allah hantarkan ujian, kita hanya nak mengeluh n bersangka buruk.
~yang penting perlulah istikharah dan biarlah Allah memberi petunjuk bila sampai masanya nanti

2nd : konflik jeles

Bukan jeles yang negatif ye....
tapi yang sebenarnye nadiah jeles sangat dengan orang-orang yang diberi kesempatan belajar ilmu agama dengan lebih mendalam.huhu...actually baru bc satu blog pelajar Syria.....die rs sedih tinggalkan tanah syam lepas sekian lama menimba ilmu kat negara yang tengah bergolak tu.
Sejak diberi keizinan melawat negara-negara timur tengah...nadiah semakin merasai cinta Islam, alhamdulillah.
Secara jujurnya sangat rindukan suasana d sana......sangat2 rindu!
So, kalau da jeles, haruslah berusaha ke arah itu kan.
Even baru merangkak-rangkak mencari ilmu dunia sbb baru sambung study...haruslah merangkak, berjalan dan terus berlari mencari ilmu akhirat.


Okeh...tu je konflik yang melanda. huhu
entri ni nmpak macam emo sikit kan.....tapi ni lah luahan hati nadiah
~rase lebih tenang sekarang =)